Covid-19 jadikan rakyat Malaysia lebih kuat demi kelangsungan hidup

Iklan
Mohamad Fazli

SHAH ALAM - Pandemik Covid-19 menjadikan rakyat Malaysia lebih fleksibel, kuat dan berkeyakinan dalam menghadapi situasi kini dan masa akan datang.

Pakar kewangan pengguna yang juga Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, ini kerana wabak tersebut telah menjadikan seseorang itu kuat dalam mengharungi rintangan demi memastikan ekonomi diri dan keluarga lebih terjamin.

Iklan
Iklan

Keadaan ini berlaku terutamanya kepada individu yang terpaksa menukar kerjayanya setelah diberhentikan kerja akibat pandemik ini.

"Saya rasa ada hikmah di sebalik pandemik Covid-19. Ia jadikan kita belajar benda baharu. Sebelum ini rasa macam tiada bakat, tapi sekarang bila tersepit, banyak idea yang keluar.

Iklan

"Ada yang bekerja dalam ekonomi gig seperti penghantar makanan, membuka gerai, tukar karier dan sebagainya.

"Kita perlu menjadi seorang yang proaktif. Jangan panik. Kalau panik, banyak perkara negatif yang akan berlaku.

Iklan

"Individu-individu ini nampak serba boleh dan mampu lakukan banyak perkara. Ini perkembangan yang bagus. Maknanya kita mampu lalui satu fasa yang sangat teruk, kritikal dan mencabar,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain itu, beliau berpendapat golongan terjejas tidak boleh memilih kerjaya dalam keadaan yang kritikal ini.

Katanya, mereka perlu mengambil peluang sebaiknya demi perkukuhkan ekonomi keluarga dan diri sendiri.

"Kita kena sentiasa teroka peluang baharu. Jangan terlalu bergantung kepada bidang yang kita mahir sahaja.

"Kita juga perlu terbuka dari sektor ekonomi digital. Saya rasa ini satu perkembangan yang sangat positif dan mampu memberikan sumber ekonomi yang baik,” kata beliau.