Sinar Harian terus kekal perkasa suara Malaysia

Iklan

SHAH ALAM - Sejak Julai tahun 2006, Sinar Harian sudah menempa nama dan masih kukuh dalam industri media cetak.

Sehingga kini, Sinar Harian terus menjadi pilihan dan masih relevan kepada lebih dari 15 juta pembaca di seluruh Malaysia.

Iklan
Iklan

Bermula dengan edaran di Kelantan dan Terengganu pada tahun pertama terbitannya, kini Sinar Harian telah menjadi akhbar bahasa Melayu pilihan nombor satu rakyat Malaysia.

Sepanjang 15 tahun ini, Sinar Harian banyak perubahan serta bergerak mengikut trend terkini untuk memenuhi cita rasa pembaca-pembaca setia.

Iklan

Tambahan pula, Sinar Harian kini amat aktif menerbitkan program-program yang unik dalam platform digital untuk tontonan semua.

Tahun ini, Sinar Harian sudah berusia 15 tahun dan bulan ini juga merupakan sambutan ulang tahun yang ke-15 (Sinar15) dengan memperkenalkan tagline dan hashtag #PerkasakanSuaraMalaysia.

Iklan

Resipi kejayaan Sinar Harian sepanjang 15 tahun ini adalah dengan menyampaikan liputan berita yang sentiasa telus dan tulus serta sentiasa menyampaikan isu-isu yang dekat dengan rakyat.

Selain itu, Sinar Harian sentiasa berusaha untuk menyajikan dan memperkenalkan kandungan baharu untuk segenap lapisan pembaca tidak mengenal usia dan bangsa.

Ketua Jabatan Pemasaran Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, sempena sambutan ke-15 ini, pelbagai aktiviti, program dan juga peraduan menarik akan berlangsung sepanjang Julai ini dan kemuncaknya adalah pada 31 Julai apabila Sinar15 akan bersiaran secara langsung di laman media sosial rasmi Sinar Harian selama 15 jam tanpa henti pada 31 Julai 2021 nanti.

Pelbagai program khas serta eksklusif telah disusun untuk Sinar15 yang bakal menemui anda pada hari tersebut.