Pengusaha bas tanggung kerugian

Iklan
Khairul Amri kini tertekan dengan situasi yang terpaksa dihadapi akibat pandemik Covid-19.

TEMERLOH - Seorang pengusaha bas tempahan dan pelancongan terpaksa menanggung kerugian besar selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dilaksanakan pada Mac tahun lalu akibat pandemik Covid-19.

Khairul Amri Ahmad, 38, mengakui tempoh pandemik memberikan tekanan besar kepada syarikat dan empat pekerjanya hingga kini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dia kini tidak mampu menanggung kos dengan pinjaman bas dan sewa pejabat.

"Alternatifnya saya buat perniagaan kitar semula dengn mengutip besi buruk sejak Februari lalu bagi memastikan pekerja menerima gaji walaupun tidak tinggi seperti dulu," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Iklan
Khairul Amri akui pandemik Covid-19 memberikan tekanan besar kepada syarikat dan empat pekerjanya.

Ujarnya, sebuah bas miliknya juga rosak dan kini tersadai di depan pejabat akibat lama tidak digunakan.

"Nak baiki tak mampu, kosnya agak tinggi kira-kira RM40,000," jelasnya yang memiliki tujuh buah bas.

Iklan

Khairul Amri yang memulakan perniagaan sejak 2009 berharap pandemik Covid-19 segera pulih supaya pengusaha sepertinya dapat bernafas kembali.

"Situasi semakin sukar kerana PKP 3.0, nak cari besi buruk pun tidak boleh lagi buat masa ini," tambahnya.