Covid-19: Hospital di Indonesia terputus bekalan oksigen, 33 terkorban

Iklan
Kekurangan bekalan oksigen di hospital terbesar di bandar itu adalah kerana kebanyakan pesakit tiba dalam keadaan tenat. - Foto AP

YOGYAKARTA - Puluhan kematian akibat Covid-19 dilaporkan selepas sebuah hospital awam di Pulau Jawa kehabisan bekalan cecair oksigen susulan peningkatan drastik kes di negara itu.

Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya 33 pesakit dengan simptom kritikal dilaporkan meninggal dunia selepas tiada bekalan cecair oksigen diberikan di Hospital Awam Dr Sardjito di Yogyakarta pada Ahad.

Iklan
Iklan

Malah ia dilaporkan kerana bekalan oksigen yang dihantar oleh syarikat pembekalan tiba lambat.

Menurut jurucakap hospital, Banu Hermawan, kekurangan bekalan oksigen di hospital terbesar di bandar itu adalah kerana kebanyakan pesakit tiba dalam keadaan tenat.

Iklan

Sejak Sabtu, 63 kematian akibat Covid-19 dilaporkan di hospital tersebut.

Jumlah kematian kian meningkat walaupun pihak hospital sudah menggunakan tangki silinder oksigen bagi merawat pesakit kronik.

Iklan

Bekalan oksigen kembali pulih sekitar jam 4.45 pagi Ahad waktu tempatan selepas kira-kira 15 tan bekalan cecair oksigen tiba.

Malah, dalam keadaan kritikal itu, pihak hospital sudah memohon kepada pihak berkuasa kesihatan untuk menyegerakan bantuan.

Indonesia kini bertarung dengan peningkatan kes COVID-19 sehingga menyaksikan sistem kesihatannya hampir lumpuh. - Awani