Korban kemalangan pesawat tentera Filipina meningkat kepada 50

Iklan
Jumlah korban dalam nahas pesawat tentera Filipina pada Ahad meningkat kepada 50 orang, sementara 49 yang lain cedera. - Foto Reuters

MOSCOW - Jumlah korban dalam nahas pesawat tentera Filipina pada Ahad meningkat kepada 50 orang, sementara 49 yang lain cedera, lapor Sputnik, menurut ABS CBN memetik jurucakap Tentera Filipina.

Jeneral Edgard Arevalo pada Isnin berkata, pihak berkuasa telah menemui lima lagi mayat menjadikan jumlah korban terkini seramai 50.

Iklan
Iklan

Korban termasuk 47 anggota tentera dan tiga orang awam.

Mangsa yang cedera pula termasuk 49 anggota tentera dan empat orang awam, kata Arevalo.

Iklan

Terdahulu, laporan menyatakan 45 penumpang terkorban, manakala 42 yang lain terselamat.

Terdapat lebih 80 penumpang di dalam pesawat C-130 ketika ia terhempas di Pulau Jolo pada Ahad, ketika cuba mendarat dan terbabas dari landasan.

Iklan

Menurut Arevalo, tentera Filipina telah menggantung sementara penerbangan pesawat C-130. - Bernama