KHAUNDALI - Dua tetamu jemputan kenduri kahwin ditahan polis selepas disyaki menembak mati adik kepada pengantin lelaki di India.
Dharmendra Singh, 16 tahun, maut selepas ditembak semasa upacara perkahwinan itu berlangsung di Khaundali, Uttar Pradesh pada Khamis lalu lapor Times of India.
Iklan
Iklan
Siasatan kini dijalankan dan polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Kedua-dua suspek ditahan atas tuduhan membunuh dan siasatan kini dijalankan bagi mengetahui motif pembunuhan.
Menurut akhbar itu lagi, pistol berkenaan milik seorang bekas askar yang memberikannya kepada salah seorang suspek yang ingin melihat senjata tersebut semasa upacara perkahwinan itu berlangsung.
Suspek kemdian terus mengacukan pistol itu kepada Singh dan melepaskan tembakan tepat kepada bahagian dada.
Singh dikejarkan ke hospital namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan.- Awani