Bomba selamat penduduk dilanda banjir kilat

Iklan
Bayi dan wanita diselamatkan dalam kejadian banjir kilat berdekatan Kampung Sungai Putat, Batu Berendam di sini, pada Isnin.

MELAKA - Kira-kira 20 penduduk termasuk sembilan kanak-kanak diselamatkan anggota bomba dalam kejadian banjir kilat di Kampung Sungai Putat, Batu Berendam di sini pada Isnin.

Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Hamdan Sudin berkata, sepasukan anggota bomba yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll Mohd Iswandy Aripin ke lokasi kejadian kira-kira jam 12.26 tengah hari selepas menerima panggilan kecemasan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, banjir dipercayai berlaku apabila sistem saliran sedia ada tidak dapat menampung kapasiti air.

"Operasi terkawal kira-kira jam 1.20 petang sebelum operasi ditamatkan jam 1.55 petang," katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.

Iklan

Mengulas lanjut, Hamdan yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh berkata, kapasiti air turut mengakibatkan kolam takungan banjir di Sungai Putat melimpah namun keadaan masih terkawal dan setakat ini belum ada individu yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Selain Sungai Putat, hujan lebat lebih dua jam turut menyebabkan beberapa kawasan lain dinaiki air antaranya Kampung Teluk Bukit Katil, Jalan Saga Bukit Beruang, Jalan Utama Ayer Keroh Height, Taman Seri Jati, Taman Muzaffar Shah dan Taman Melawis.

Iklan