SOP gagal, ramai peniaga gulung tikar

Iklan
Zaini (dua dari kanan) memohon kerajaan membenarkan restoran menerima 30 peratus pelanggan untuk makan di kedai dalam sidang akhbar khas pada Isnin.

JOHOR BAHRU - Majlis Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Negeri Johor menyifatkan prosedur operasi standard (SOP) untuk pengoperasian kedai makan gagal dan akan mengakibatkan ramai peniaga akan gulung tikar.

Presidennya, Zaini Atan berkata, peniaga hanya memperoleh 20 peratus hasil perniagaan dan itu cukup untuk membayar gaji pekerja sahaja dan tidak termasuk kos lain.

Iklan
Iklan

"Kami mewakili golongan peniaga premis makanan memohon kerajaan melonggarkan SOP operasi kedai makan kerana model sekarang dilihat gagal.

"Kita harap dapat 30 peratus daripada kapasiti restoran. SOP sedia ada iaitu hanya untuk pembungkusan tidak dapat menampung kos operasi," katanya dalam satu sidang akhbar di sini pada Isnin.

Iklan

Sidang akhbar itu turut dihadiri wakil persatuan peniaga India dan Cin yang secara keseluruhan mewakili lebih 50,000 peniaga di seluruh negeri.

Zaini berkata, pihaknya juga bersedia menerima syarat hanya membenarkan golongan dewasa makan dalam premis.

Iklan

Rayuan itu katanya, terpaksa dilakukan kerana jika keadaan semasa berterusan, ramai peniaga akan tutup kedai dan bankrap.

Setiausaha Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Bahru (PPPPIKMJB), Mohammad Salezan Mohd Salleh pula berharap kerajaan dapat mengkaji kaedah lain yang lebih sesuai berbanding SOP sedang dilaksanakan ketika ini.

"Kaedah 'take away' bagi premis makanan seperti restoran tidak lagi sesuai untuk jangka masa panjang kerana tidak dapat menampung kos operasi," katanya.