Polis buka kertas siasatan terhadap Ronnie Liu

Iklan
Skrin layar dalam klip video yang memaparkan Ronnie bertanyakan sesuatu terhadap anggota polis di pekarangan Mahkamah Raub pada Isnin.

RAUB - Kertas siasatan dibuka terhadap Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Ronnie Liu Tian Khiew berikutan tindakan pemimpin politik itu menimbulkan kekecohan di pekarangan Mahkamah Raub pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, siasatan dilakukan atas dua kesalahan dilakukan oleh Ronnie Liu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek di Selangor.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPPB) 2021.

"Daripada kebenaran rentas negeri memang dia ahli politik, apapun kita buka juga siasatan di bawah Peraturan 17 PPPPPB kerana walaupun dia boleh rentas negeri tetapi bergantung kepada prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Iklan

"Jadi kita buka juga siasatan dan siasatan sedang giat dilakukan,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Mohd Yusri juga memberitahu kertas siasatan turut dibuka terhadap Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack atas kesalahan merentas daerah di bawah Seksyen Peraturan 17 PPPPPB.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:

Provokasi ketika operasi, 18 pekebun haram durian musang king ditahan

18 pekebun durian musang king direman dua hari