Jangan sampai jadi shopaholic online

Iklan
Tidak dinafikan pembelian secara dalam talian merupakan aktiviti yang menyeronokkan dan membantu merangsang ekonomi dalam keadaan pandemik ini, namun ia juga dapat mewujudkan ketagihan yang melampau.

SHAH ALAM - Pakar-pakar memberi amaran tentang kemungkinan ramai orang terperangkap dengan ketagihan beli-belah dalam talian atau shopaholic online selepas berpuluh-puluh hari 'berkurung' di rumah akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Walaupun, sememangnya orang ramai digalakkan membuat pembelian online dalam tempoh PKP, namun keseronokan beli-belah di hujung jari dikhuatiri mungkin menyebabkan ramai yang terlalu mudah menekan butang 'buy now' di platform e-dagang.

Iklan
Iklan

Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali berkata, biarpun aktiviti membeli-belah secara online mampu untuk merancakkan ekonomi, tetapi tanpa kawalan ia lebih mendatangkan keburukan kepada pengguna itu sendiri.

"Memang wujud golongan yang mempunyai ketagihan melampau terhadap ‘online shopping’ sehingga memberi impak terhadap kesihatan mental dan tentunya kewangan mereka. Pada kebiasaannya, golongan ini bersikap berlumba-lumba dengan orang lain demi mengikut trend tanpa sedar kemampuan diri.

Iklan

"Perkara ini sangat tidak baik untuk mental dan emosi apabila seseorang itu tidak boleh membezakan antara keperluan dan kehendak,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Trend pembelian atas talian ini semakin menjadi pilihan berdasarkan peningkatan ketara sebanyak 18 hingga 28 peratus aktiviti penjualan platform e-dagang sejak Januari hingga Mac lalu.

Iklan

Tidak mustahil peratusan itu juga akan meningkat selepas kerajaan membenarkan pengeluaran i-Citra melalui wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan pemberian moratorium ketika tempoh PKP 3.0.

"Sebelum ini, orang memang selalu beli-belah secara online, namun PKP lockdown menyebabkan kecenderungan terhadap online shopping lagi membuak-buak.

"Ini kerana masyarakat kini lebih banyak masa di rumah untuk dan banyak menghabiskan masa dengan pelbagai aplikasi niaga dalam talian. Jika tidak berjaya mengawal diri, ia akan menyebabkan ketagihan,” kata Suzana.

Bagi penganalisis politik dan media sosial, Profesor Madya Dr Sara Chinnasamy, shopaholic online mungkin wujud dalam peratusan yang kecil di kalangan pengguna, namun rakyat tidak boleh disalahkan kerana mereka turut membantu merangsang ekonomi.

"Peratusan ketagihan itu mungkin kecil. Cuma apabila adanya promosi seperti promosi akhir tahun, promosi bulanan dan sebagainya, ia secara automatik dapat merancakkan rakyat untuk membuat pembelian secara online,” katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan, Shopee Malaysia, Zed Li berkata, selepas penularan Covid-19, sememangnya lebih ramai rakyat Malaysia bergantung kepada pembelian atas talian untuk mendapatkan semua barangan sekali gus menyebabkan peningkatan sektor e-dagang.

"Masyarakat semakin bergantung kepada pembelian atas talian untuk mendapatkan semua barangan mereka, terutamanya barangan runcit dan keperluan harian yang biasanya dibeli di luar talian sebelum ini.

"Ini telah mewujudkan permintaan baharu bagi sektor e-dagang di mana peningkatan permintaan untuk hasil segar ini telah menambahkan hampir 170,000 produk baharu yang tersenarai dalam segmen Hasil Segar di platform kami,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima tanda anda ialah seorang shopaholic online

INFO

Perbelanjaan e-dagang rakyat Malaysia pada tahun 2020 mengikut kategori

Fesyen dan kecantikan - RM5.9 bilion

Elektronik dan gajet - RM4.86 bilion

Permainan kanak-kanak, barangan DIY dan hobi - RM3.5 bilion

Perabot dan kelengkapan - RM2.4 bilion

Makanan dan penjagaan diri - RM1.9 bilion

Sumber: Hootsuite & We Are Social - Digital 2021 Malaysia