Wanita cedera terjun hotel elak dicekup

Iklan
Nasri Mansor menyoal seorang wanita yang terjun dari tingkat satu sebuah hotel di Taman Setapak Indah pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita disyaki pelacur cedera selepas bertindak terjun dari tingkat satu sebuah hotel di Taman Setapak Indah di sini pada Isnin bagi mengelak daripada dicekup polis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, dalam kejadian pada jam 9.30 malam itu, wanita berusia 34 tahun cedera di pergelangan kaki kanan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Iklan
Iklan

"Wanita itu antara tujuh wanita warga Thailand berusia 29 hingga 34 tahun yang ditahan dalam serbuan Op Patuh/ Op Noda Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan di sini pada Isnin.

Nasri berkata, pihaknya turut merampas 10 keping kondom dan wang tunai RM1,050 yang diperolehi daripada enam wanita tersebut.

Iklan

"Ketika serbuan, tiada penjaga premis di hotel ini," katanya.

Dalam serbuan berasingan, Nasri memaklumkan seorang pegawai polis cedera di tangan ketika tangkapan suspek yang disyaki terlibat dengan sindiket pelacuran di sebuah hotel di Jalan Pudu Ulu.

Iklan

"Pegawai polis itu sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM UKM)," katanya.

Nasri berkata, seramai tujuh wanita warga Thailand dan seorang lelaki tempatan berusia 26 hingga 45 tahun ditahan dalam serbuan tersebut.

"Kita turut merampas 11 keeping kondom, dua dekoder dan wang tunai RM1,230 dalam serbuan itu," katanya.

Nasri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 22 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

"Manakala kes pegawai polis cedera disiasat mengikut Seksyen 333 Kanun Keseksaan," katanya.