Honor tawar penjimatan sehingga RM280

Iklan
Honor menawarkan harga diskaun melibatkan beberapa produknya menerusi jualan 7.7 Shopee.

HONOR Malaysia (Honor) menawarkan promosi berbaloi kepada mereka yang mencari komputer riba dan peranti boleh pakai menerusi jualan 7.7 Shopee yang akan berlangsung dari 5 hingga 7 Julai 2021.

Honor dalam satu kenyataannya berkata, pembeli berpeluang menikmati penjimatan sehingga RM280 untuk komputer riba, gelang tangan pintar dan jam tangan pintar.

Iklan
Iklan

"Bagi setiap pembelian peranti tersebut pada jualan 7.7 Shopee, pembeli juga akan mendapat hadiah percuma, namun jumlahnya adalah terhad dan berdasarkan siapa cepat dia dapat,” kata kenyataan itu pada Isnin.

Menurut kenyataan itu, antara produk Honor yang menawarkan diskaun ialah Honor Band 6, Honor MagicBook Pro, Honor MagicWatch 2 42 mm Agate Black, Honor MagicWatch 2 46 mm Flax Brown, Honor MagicWatch 2 46 mm Charcoal Black, Honor MagicBook 15, Honor MagicBook X15 i5 dan Honor MagicBookX15 i3.

Iklan

"Selain dapat membeli peranti idaman pada harga diskaun, pembeli juga boleh menikmati pelbagai hadiah menarik antaranya payung, beg galas,flask thermos dan tetikus wayarlas Bluetooth,” katanya.

Untuk membeli komputer riba dan peranti boleh pakai pada harga diskaun tersebut boleh melayari https://bit.ly/HONORShopee77Sale.

Iklan

Honor adalah penyedia peranti pintar terkemuka global yang ditubuhkan pada 2013 dan komited untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan membolehkan kehidupan pintar melangkaui keseluruhan keadaan serta saluran, untuk semua orang.