PASIR GUDANG - Seorang wanita berusia 55 tahun yang terperangkap di dalam rumahnya bersama 27 ekor kucing di Jalan Jade Sadu 6, Bandar Seri Alam, di sini pada Selasa terpaksa memanggil bomba untuk membantunya keluar.
Wanita tersebut bersama semua kucing peliharaannya itu terperangkap selepas suaminya mengunci pintu pagar rumah dan membawa bersama kunci tersebut.
Iklan
Iklan
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II Iszahwati Supardi berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 2.40 pagi.
"Seramai lapan anggota berserta dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dan bertindak memotong kunci mangga pintu menggunakan 'bolt cutter'.
"Mangsa berjaya diselamatkan sebelum operasi diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.