KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengucapkan takziah dan simpati kepada rakyat serta Kerajaan Filipina berikutan insiden pesawat tentera terhempas pada Ahad lalu.
"Doa dan ingatan untuk keluarga mangsa yang sedang mengharungi saat memilukan," katanya di akaun Twitternya pada Selasa.
Hishammuddin turut tag akaun Setiausaha Luar Filipina Teodoro Locsin Jr dan Setiausaha Pertahanan Delfin Lorenzana.
Menurut laporan media, 47 tentera dan tiga orang awam terbunuh dalam tragedi di Pulau Jolo itu.
ARTIKEL BERKAITAN: 17 terbunuh, pesawat tentera terhempas di Filipina
Sementara itu seramai 49 dan empat orang awam turut cedera.
Pesawat C-130 yang membawa lebih 80 penumpang itu terbabas dari landasan ketika cuba mendarat. - Bernama