New Zealand catat suhu paling panas pada bulan Jun

Iklan
New Zealand mencatatkkan suhu purata paling panas sepanjang bulan Jun lalu. - Foto: AFP

WELLINGTON - New Zealand merekodkan suhu purata paling panas yang dicatatkan pada bulan Jun lalu berikutan pemanasan global, kata sebuah agensi kajian saintifik milik kerajaan pada Selasa.

Secara purata, negara itu mencatatkan suhu pada 10.6 Celsius iaitu peningkatan sebanyak 1.9 darjah Celsius, kata Institut Penyelidikan Air dan Laut (NIWA).

Iklan
Iklan

Seorang saintis NIWA, Chris Brandolino berkata, sejak tahun 1909, New Zealand mencatatkan sebanyak 13 kali suhu yang lebih panas daripada suhu asal.

"Apa yang lebih membimbangkan ialah dalam tempoh 10 tahun lalu, ia berlaku sebanyak enam kali," katanya kepada sebuah stesen radio tempatan.

Iklan

Brandolino berkata, perubahan iklim masih menjadi faktor menyebabkan peningkatan suhu tersebut selain suhu lautan yang lebih panas membantu udara di New Zealand menjadi lebih panas.

Pada tahun lalu, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Aedern mengisytiharkan darurat cuaca dengan menyatakan tindakan segera perlu dilakukan bagi menangani masalah itu demi kebaikan generasi akan datang di negara tersebut. - Agensi

Iklan