[VIDEO] Hampir 8,000 pelancong asing mohon lawat Phuket

Iklan
Thailand menjangkakan kira-kira 100,000 pelancong asing akan mengunjungi Phuket pada suku ketiga tahun ini. - Foto 123RF

BANGKOK - Hampir 8,000 pelancong asing telah memohon Sijil Kebenaran Masuk (COE) melalui kedutaan dan konsulat Thailand di seluruh dunia, sejak negara ini membuka semula Phuket pada 1 Julai menerusi program 'Phuket Sandbox'.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Konsulat, Chatchai Viriiyavejakul berkata, ramai pelancong asing berminat untuk ke Phuket di bawah program itu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Iklan
Iklan

Sejak program bermula, sejumlah 7,890 pelancong asing telah mendaftar, setakat ini, 6,119 telah diberikan Sijil Vaksinasi manakala 2,802 lagi menerima COE.

Katanya, bagi mempercepat proses saringan di lapangan terbang kementeriannya telah menempatkan petugas tambahan.

Iklan

Kerajaan menjangkakan kira-kira 100,000 pelancong asing akan mengunjungi Phuket pada suku ketiga tahun ini dari Julai hingga September, menjana pendapatan sekitar 8.9 bilion baht (AS$277 juta). - Bernama

Iklan