Selangor fokus keperluan sekolah bukan bantuan penuh

Iklan
Amirudin Shari. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor berpendirian akan membantu menyalurkan peruntukan untuk penambahbaikan sekolah bukan bantuan penuh di Selangor sejajar dasar sedia ada.

Menteri Besarnya, Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri sudah melaksanakan bantuan kepada sekolah bukan bantuan penuh termasuk maahad tahfiz, mubaligh, SKJC dan SJKT mengikut keperluan.

"Bantuan ini mengikut pertimbangan melibatkan aspek keselamatan, pembelajaran dan pembangunan infrastruktur sekolah bukan bantuan penuh.

"Program bantuan tambahan ini bagi mengatasi kekurangan peruntukan yang disalurkan kementerian pendidikan yang pernah dibangkitkan sebelum ini,” katanya ketika menjawab soalan Shatiri Mansor (PKR-Kota Damansara) Sidang Dun di sini, hari ini.

Menurutnya, isu prasarana yang dihadapi sekolah bantuan penuh juga kerajaan negeri berpegang kepada dasar yang sama

Mengulas lanjut mengenai isu prasarana yang dihadapi sekolah bantuan penuh, Amirudin menjelaskan, pihaknya berpegang kepada dasar sedia ada.

"Dasar kerajaan negeri lebih menumpukan kepada keperluan sekolah bukan bantuan penuh manakala sekolah yang diadukan di bawah tanggungjawab kementerian berkaitan.

"Nampaknya ramai Adun dan Ahli Parlimen menerima permohonan sekolah namun kerajaan negeri harus kekal dengan dasar sedia ada. Jika isu berkaitan tanah, Adun berkaitan boleh berhubung dengan Pejabat Tanah dan Galian Selangor untuk tindakan lanjut atau berhubung dengan kementerian,” katanya.