ISKANDAR PUTERI - Seorang pekerja kilang warga Myanmar didenda RM1,500 dalam Op Patuh di kawasan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) Gelang Patah pada Selasa kerana tidak melakukan imbasan MySejahtera.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pekerja asing berusia 30 tahun itu juga ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 269 KK dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen kerana tinggal lebih masa di negara ini.
Beliau berkata, Op Patuh oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada jam10 pagi itu melibatkan empat pegawai kanan dan 28 anggota dibantu Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Johor serta polis bantuan agensi PTP.
Katanya, sebanyak lima buah kilang diperiksa mendapati hampir semua pengusaha dan pekerja mematuhi prosedur operasi standard (SOP)," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.