Peru kecewa tak dapat layanan adil

Iklan
Ricardo Gareca. Foto: AFP

PENGENDALI Peru, Ricardo Gareca mengakui kecewa dengan tindakan pengadil, Roberto Tobar terhadap barisan pemainnya ketika mengendalikan aksi separuh akhir Copa America 2021 menentang Brazil pada Selasa.

"Saya tidak akan mengatakan apa-apa mengenai keputusan perlawanan ini, namun kecewa dengan tindakan pengadil terhadap pemain-pemain saya sepanjang perlawanan ini.

Iklan
Iklan

"Pengadil sepatutnya hadir untuk menenangkan pemain di padang dan bukannya menyerang atau memperlakukan mereka dengan buruk kerana perlawanan berlangsung dalam intensiti tinggi.

"Pengadil adalah orang yang harus memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pemain tetapi mereka gagal melaksanakan tugas dengan baik,” katanya.

Iklan

Pada aksi di Stadium Nilton Santos, Rio de Janeiro itu, Peru terpaksa akur tewas 0-1 kepada penyandang juara, Brazil hasil jaringan tunggal babak pertama Lucas Paqueta.

Gareca berkata, dia kecewa apabila pendekatan awal yang ditampilkan anak-anak buahnya pada babak pertama gagal menghalang Brazil daripada menguasai perlawanan.

Iklan

"Apa yang kami cuba lakukan ialah menutup laluan untuk pemain Brazil seterusnya membolehkan kami menyerang. Tetapi kami tidak dapat melakukannya, sebaliknya lebih banyak bertahan daripada menyerang.

"Namun, pada babak kedua pemain-pemain tampil beraksi lebih baik dan dapat mengimbangi corak permainan Brazil. Cuma kami gagal mencari gol,” ujarnya.