AYER HITAM - Masjid Ar Rahman, Kerpan di sini memerlukan dana RM50,000 bagi menyiapkan pusat pengurusan jenazah di masjid berkenaan.
Setiausaha Jawatankuasa masjid, Sabri Safie berkata, setakat ini pembinaan pusat berkenaan berjalan hampir 30 peratus hasil sumbangan orang ramai sebelum ini.
Bagaimanapun katanya, kekangan peruntukan ketika ini menyebabkan pembinaan pusat berkenaan menjadi perlahan dan tidak lancar.
"Kerja-kerja pembinaan ini bergantung kepada dana yang kita ada dari semasa ke semasa, bila ada sumbangan, kita sambung buat.
"Setakat sekarang hanya bahagian dinding dan lantai bangunan yang dapat disiapkan sejak ia mula dibangunkan pertengahan bulan lalu," katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, pusat pengurusan yang dibina di belakang masjid itu merangkumi beberapa bahagian.
"Antaranya, tempat untuk memandi dan mengkafankan jenazah, ruang menyimpan peralatan dan tempat parkir van jenazah.
"Sehubungan itu, kami mengalu-alukan sumbangan orang ramai atau NGO untuk bersama-sama kami membantu melancarkan pembinaan pusat ini.
"Kami menerima segala bentuk sumbangan sama ada wang tunai, barangan atau pun tenaga," katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Bank Muamalat 02060000571716 atas nama Masjid Ar Rahman Kerpan atau hubungi Bendahari, Zamri Muhamad di talian 016-402 3037.