Kekalahan pertama PM baharu Israel

Iklan
Bennett gagal untuk menyatukan ideologi kerajaan gabungan sayap kiri di bawah tampuk kepimpinannya. - Foto: Agensi

TEL AVIV - Kerajaan baharu Israel di bawah pimpinan Perdana Menteri, Naftali Bennett pada Selasa berdepan kekalahan pertama selepas Knesset (Parlimen) gagal untuk melanjutkan tempoh undang-undang yang menafikan hak kerakyatan dan menetap di wilayah itu kepada penduduk Palestin yang berkahwin dengan pasangan di Tel Aviv.

Selepas sesi undian yang berlarutan selama beberapa jam, Knesset memutuskan untuk tidak memperbaharui undang-undang kontroversi itu dengan keputusan undi 59-59.

Iklan
Iklan

Ia sekali gus memberi tamparan kepada Bennett yang gagal untuk menyatukan ideologi kerajaan gabungan sayap kiri di bawah tampuk kepimpinannya.

Keputusan itu dikatakan bakal menyaksikan sehingga 15,000 permohonan kerakyatan penduduk Palestin yang tinggal di Tebing Barat dan Genting Gaza.

Iklan

Undang-undang itu pertama kali dikuatkuasakan ketika kemuncak kebangkitan Intifada Kedua pada 2003.

Kumpulan hak asasi manusia menyifatkan Undang-undang Kerakyatan dan Kemasukan ke Israel itu sebagai rasis kerana sengaja menghalang ribuan keluarga Arab bersatu atau tinggal bersama.

Iklan

Di bawah undang-undang itu, penduduk Arab yang meliputi satu perlima populasi di Israel berdepan kekangan untuk membawa pasangan mereka tinggal bersama di Tel Aviv.

Difahamkan, undang-undang itu diperbaharui setiap tahun namun gagal memperoleh sokongan pada kali ini yang dilihat sebagai peluang berharga oleh bekas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan sekutunya untuk ‘memporak-perandakan’ kerajaan gabungan tersebut. - Agensi