JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan agar diwujudkan segera rumah gelandangan sementara bagi mengekang penularan Covid-19 dalam kalangan golongan itu.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda pada Selasa, Tunku Ismail bertitah dalam keadaan pandemik Covid-19 kini, mereka yang hidup gelandangan adalah antara golongan paling terdedah kepada jangkitan virus tersebut kerana mereka terpaksa tinggal di tepi jalan atau di tempat awam.