MBSP nafi terlibat tawar vaksin Covid-19 dengan bayaran RM50

Iklan
Gambar hiasan

BUKIT MERTAJAM - Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menafikan kandungan mesej yang tular di aplikasi WhatsApp berhubung kerjasama pihak berkuasa tempatan itu dengan pengurusan sebuah pusat beli-belah di Seberang Jaya di sini bagi pemberian vaksin dan mengenakan bayaran RM50.

Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud berkata, ketika ini pihaknya tidak pernah bekerjasama dengan mana-mana syarikat atau pihak untuk pemberian vaksin Covid-19 kerana ia adalah di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Iklan
Iklan

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan mana-mana informasi yang tidak sahih dan segera mendaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera,” menurutnya dalam kenyataan pada Selasa

Tular mesej di aplikasi WhatsApp pada Selasa yang mendakwa MBSP dan sebuah pusat beli-belah telah menawarkan vaksin pada kadar bayaran RM50 untuk dua dos suntikan.

Iklan

Menurut mesej itu, mereka yang berminat mendapatkan vaksin tersebut diminta memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan status kesihatan sama ada berpenyakit kritikal atau sebaliknya kepada nombor yang diberikan selewat-lewatnya jam 10 malam pada Selasa. - Bernama

Iklan