UMNO tarik balik sokongan?

Iklan
Pemilihan parti UMNO ditangguhkan selama 18 bulan sehingga awal 2023.

AHLI UMNO sudah mula bertanya apakah ugutan parti itu untuk tarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan jadi kenyataan.

Jadi apabila ada cerita baharu nak tarik balik sokongan sebelum 1 Ogos ini, banyak yang senyum sinis.

Iklan
Iklan

Kita semua tahu keputusan Mesyuarat Agung UMNO yang lepas. Perhimpunan tidak mahu UMNO bersama Bersatu dalam pilihan raya akan datang.

Maknanya apabila Parlimen bubar UMNO tak bersama PN.

Iklan

Yang peliknya kenyataan terbaru tentang ugutan untuk tarik diri sebelum 1 Ogos datang daripada seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO sahaja.

Bukan kenyataan rasmi pejabat Presiden.

Iklan

Banyak spekulasi di luar sana yang kata jikalau itu dibuat, akan ada ahli Parlimen UMNO yang menentang.

Mereka yang dalam kerajaan PN khabarnya sebulat suara tak setuju tindakan itu.

UMNO pun dah banyak kem sekarang. Khabarnya ada kumpulan yang sedia tinggalkan parti untuk bersama mana-mana blok yang kuat.

Ada yang kata Presiden ditekan untuk undur diri bagi menyelamatkan parti dalam pilihan raya akan datang.

Ada yang kata keputusan tidak ada pertandingan sehingga 2023 adalah satu langkah undur ke belakang.

Nama baik UMNO sebagai parti demokratik akan terjejas.

Banyak juga yang bertanya apa muslihat kalau betul tidak ada pertandingan sehingga 2023?

Apakah maksudnya nak pastikan beberapa orang pemimpin akan kekal berkuasa?

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO kekal sokong PN sehingga Ogos

35 ahli Parlimen UMNO tarik sokongan atau tidak?