340,043 dos suntikan vaksin semalam: Adham Baba

Iklan
Jumlah pemberian dos suntikan vaksin di negara ini terus meningkat dengan sejumlah 340,043 dos diberikan pada Selasa iaitu angka tertinggi dalam sehari setakat ini.

KUALA LUMPUR - Jumlah pemberian dos suntikan vaksin di negara ini terus meningkat dengan sejumlah 340,043 dos diberikan pada Selasa iaitu angka tertinggi dalam sehari setakat ini.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan, daripada jumlah itu, sebanyak 133,286 merupakan pemberian dos kedua.

Iklan
Iklan

"Sebanyak 206,757 dos pula adalah pemberian dos pertama bagi tempoh sama," katanya.

Dr Adham turut memaklumkan lima negeri tertinggi mencatatkan pemberian dos pertama dan kedua pada Selasa iaitu Selangor dengan 79,998 orang diikuti Sarawak (59,269), Kuala Lumpur (53,155), Perak (20,759) dan Johor (18,431). - Bernama

Iklan
Iklan