GEORGETOWN - Semua acara sempena sambutan Hari Ulang Tahun ke-72 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berkata, penangguhan itu diputuskan susulan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Jun lalu.