Argentina, Brazil buat perhitungan final Copa America

Iklan
Antara aksi menarik pertemuan Argentina, Colombia dalam aksi separuh akhir Copa America 2021 di Stadium Nacional Mane Garrincha. - Foto Copa America

PENJAGA gol Argentina, Emiliano Martinez muncul wira La Albiceleste apabila menyelamatkan tiga sepakan penalti untuk kemenangan 3-2 ke atas Colombia selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi separuh akhir Copa America 2021 di Stadium Nacional Mane Garrincha, pada Rabu.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan Argentina mara ke perlawanan akhir menentang juara bertahan Brazil di Stadium Maracana hujung minggu ini yang sebelum itu menyingkirkan Peru 1-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Iklan
Iklan

Pada penentuan sepakan penalti itu, Martinez menyelamatkan sepakan pemain Colombia, Davinson Sanchez, Yerry Mina dan Edwin Cardona manakala tiga jaringan penalti Kapten Argentina, Lionel Messi, Leandro Paredes dan Lautaro Martinez mengesahkan slot La Albiceleste ke perlawanan akhir.

Dalam aksi 90 minit di Brasillia itu, Argentina terlebih dulu di depan pada minit ketujuh menerusi Martinez sebelum Luis Diaz menyamakan kedudukan pada minit ke-61.

Iklan
Iklan