ALOR SETAR - Pasar raya Econsave meneruskan program sumbangan meringankan beban 50 keluarga dari daerah Kota Setar dan Pokok Sena di Jalan Langgar, dekat sini yang terjejas kerana hilang pendapatan disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengurus Besar Econsave Bahagian Utara 1, Zamzuri Mansor berkata, rata-rata penerima adalah mereka yang bekerja kampung termasuk yang melakukan pelbagai kerja dengan menerima upah harian.