SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan undang-undang yang digunapakai di negara ini bukanlah berbentuk Islamik.
Beliau berkata, ia berikutan kerana undang-undang berkenaan tidak ada di dalam Perlembagaan, malah tidak ada dinyatakan oleh mana-mana pemimpin.
Iklan
Iklan
"Justeru, apa yang penting adalah kita dapat menjalankan pemerintahan secara demokratik. Rakyat dapat memelihara haknya supaya boleh menyuarakan dengan bebas asalkan tidak melanggar setengah batasan yang ditentukan.
"Inilah cara kita menentukan kedudukan kita,” katanya pada program Bersama Ku Li yang bersiaran secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.
ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan PN dibentuk secara 'curi': Ku Li