AirAsia cadang ambil alih firma Thailand pada harga AS$50 juta

Iklan
AirAsia cadang beli dua syarikat Thailand, Velox Technology (Thailand) Co Ltd dan Velox Fintech Co Ltd.

KUALA LUMPUR - AirAsia Group Bhd (AAGB) telah mencadangkan untuk membeli dua syarikat Thailand, Velox Technology (Thailand) Co Ltd dan Velox Fintech Co Ltd masing-masing dengan harga AS$40 juta dan AS$10 juta (AS$1 = RM4.16).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Rabu, syarikat penerbangan tambang murah itu berkata, cadangan itu dinyatakan melalui unitnya, AisAsia ADS Sdn Bhd (AirAsia Superapp) dan AirAsia Digital Sdn Bhd (ADD).

Iklan
Iklan

"Pengambilalihan yang dicadangkan ini memberikan AirAsia Superapp akses segera kepada perniagaan e-dagang sedia ada dengan peniaga makanan berdaftar, rakan niaga penghantaran dan sumber daya untuk memulakan perniagaan e-dagang AirAsia Superapp dan mengurangkan kos serta masa untuk memasuki pasaran pengguna dalam talian di Thailand.

"Tertakluk pada integrasi dan migrasi pengguna serta pedagang yang berjaya, AirAsia Superapp akan memiliki akses ke pangkalan pelanggan tambahan supaya dapat menjual menjual perkhidmatan AirAsia Superapp yang lain kepada pelanggan berkenaan dan mendorong pertumbuhan untuk AirAsia Superapp,” katanya.

Iklan

AAGB berkata, pengambilalihan Velox Fintech yang dicadangkan itu akan membolehkan pengembangan produk e-money untuk kumpulan syarikat AAD yang kini menawarkan produk dan perkhidmatan e-money.

"Kepantasan penerapan di pasaran dijangka akan didorong oleh aset pengawalseliaan. Pengambilalihan yang dicadangkan itu harus mendapat persetujuan dari Bank Negara Malaysia dan Bank of Thailand.

Iklan

Ketika berita ini ditulis, saham AirAsia meningkat 2.16 peratus kepada 94.5 sen dengan 15.46 juta saham diniagakan. - Bernama