PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memohon perkenan rombakan kabinet dalam masa terdekat.
Menurut laporan portal SuaraTV, Muhyiddin dijadual menghadap Al-Sultan Abdullah petang ini membabitkan beberapa pemimpin kanan UMNO.