Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$111.1 bilion

Iklan
Bank Negara Malaysia mencatatkan rizab antarabangsa AS$111.1 bilion pada 30 Jun.

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$111.1 bilion pada 30 Jun daripada AS$111.0 bilion pada 15 Jun 2021.

Dalam kenyataan pada Rabu, bank pusat itu berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Iklan
Iklan

Katanya, komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$103.3 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$2.2 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.0 bilion).

Aset-aset itu terdiri daripada emas dan pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM461.56 bilion, Kertas Kerajaan Malaysia (RM11.43 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.03 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM20.37 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta aset-aset lain (RM16.31 bilion).

Iklan

Menurut BNM, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM180.67 bilion), mata wang dalam edaran (RM141.15 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM142.0 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM21.76 bilion), lain-lain deposit (RM9.30 bilion), kertas Bank Negara (RM9.14 bilion), peruntukan SDR (RM7.98 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM4.76 bilion). - Bernama

Iklan