Azri anggap situasi biasa

Iklan
Skrin layar yang memaparkan ketenangan dan ketegasan Mohd Azri dalam menangani kekecohan di pekarangan Mahkamah Raub pada Isnin lalu menerima pujian netizen

RAUB - Ketenangan dan ketegasan yang dipamerkan oleh seorang pegawai polis ketika berdepan dengan kekecohan dan provokasi beberapa pemimpin politik di pekarangan Mahkamah Raub pada Isnin tular di laman sosial.

Aksi dan sikap pegawai polis itu menerima pujian netizen yang kagum dengan ketenangan beliau menangani kekecohan tersebut.

Iklan
Iklan

Figura terbabit, Inspektor Mohamad Azri Mohamad Aziz, 40, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub di Bahagian Ketenteraman Awam tidak cepat melatah dengan pujian tersebut.

Sebaliknya, beliau menyifatkan cuba menjalankan tugasnya sebaik mungkin untuk memastikan situasi pada hari terbabit terkawal dan berjalan lancar.

Iklan

"Saya anggap ini perkara biasa dan sebagai anggota polis kita perlu bertenang dan jangan ikut rentak provokasi yang dilakukan.

"Sebelum ini pun saya pernah berdepan dengan provokasi dan situasi sama ketika di Sungai Chalit," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Mula bertugas di IPD Raub sejak 2010, beliau tidak mengambil kisah selepas aksinya dalam klip video itu tular.

"Pada hari tersebut (Isnin) memang saya tinggikan suara sebagai tanda tegas, ulang nasihat dan situasi reda selepas saya bertanyakan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu dengan meminta surat rentas negeri, beliau terus diam seolah melarikan diri," jelasnya mula bergelar anggota polis pada 2005.

Dalam pada itu, Mohamad Azri meminta orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan mematuhi undang-undang pada hari perbicaraan membabitkan kes 18 peneroka haram tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Proses reman 18 pekebun durian musang king kecoh