Dr Mahathir tidak peduli UMNO tarik sokongan dalam kerajaan PN

Iklan
Dr Mahathir

SHAH ALAM – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau tidak peduli sama ada UMNO akan keluar atau tidak daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bekas Perdana Menteri itu sebaliknya menganggap UMNO hanya membincangkan mengenai politik.

Iklan
Iklan

"Dia (UMNO) berkira pasal politik sahaja. Saya tidak peduli dia sokong (Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin, dia selamat juga.

"Kalau Muhyiddin jatuh, dia jatuh juga. Dia nak buat apa, dia buatlah,” katanya ketika menjadi panel dalam program Reset Malaysia: Permasalahan dan Solusi yang disiarkan secara maya pada Rabu.

Iklan

Turut menjadi panel adalah bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tan Sri Rafidah Aziz dan anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman manakala Ketua Pemuda Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Abu Hafiz Salleh Hudin bertindak sebagai moderator.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, apa yang utama adalah bagaimana mahu menangani Covid-19 di negara ini.

Iklan

"Bagi saya yang utama ialah macam mana kita tangani Covid-19 ini. Itu yang utama,” katanya.