Johor yakin beralih ke Fasa Dua PPN minggu depan

Iklan
Hasni ( tengah) menyerahkan ventilator kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor di Hospital Sultanah Aminah di sini pada Rabu.

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor yakin akan beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara ( PPN) selepas lebih 10 peratus penduduknya sudah menerima dua dos vaksin Covid-19.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, pihaknya menyasarkan peralihan itu pada minggu depan.

Iklan
Iklan

"Pada minggu depan jumlah penduduk divaksinasi di Johor akan melebihi nilai ambang ditetapkan iaitu lebih 10 peratus.

"Oleh itu, kerajaan negeri yakin Johor akan dapat beralih ke Fasa Kedua PPN pada minggu depan," kata beliau selepas menyerahkan ventilator kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor di Hospital Sultanah Aminah di sini pada Rabu.

Iklan

Hadir sama, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar R Vidyananthan dan Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu.

Pada 5 Julai lalu, lima negeri iaitu Perlis, Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) diikuti Pulau Pinang pada 7 Julai.

Iklan