Saya tidak perlukan sokongan Pas: Mahathir

Iklan
Dr Mahathir ketika melancarkan loji baharu Metrod hari ini.

KLANG - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau tidak memerlukan sokongan Pas untuk kekal sebagai pemimpin nombor satu negara.

Tegas Ahli Parlimen Langkawi itu lagi, adalah memadai buat beliau dengan sokongan lebih 50 peratus wakil rakyat daripada PH.

Iklan
Iklan

"Saya tidak perlukan sokongan daripada Pas. Saya hanya perlukan sokongan daripada PH.

"Ini kerana PH sendiri mempunyai lebih daripada separuh kerusi dalam Dewan Rakyat," katanya kepada pemberita sebaik selesai melancarkan loji baharu Metrod Sdn Bhd, di sini, hari ini.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau memerlukan sokongan daripada Pas bagi memastikan beliau kekal sebagai Perdana Menteri.

Dalam perkembangan sama, Dr Mahathir secara sinis turut mengingatkan Pas untuk tidak mencanang sokongan parti itu terhadap beliau.

Iklan

"Kalau hendak sokong, sokong sahajalah tidak perlu untuk beritahu kepada semua,"katanya.

Terdahulu, Pas sebelum ini menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Dr Mahathir untuk kekal memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas hanya sokong Tun M sebagai Perdana Menteri]