BANDA ACEH - INDONESIA . Sekurang-kurangnya 90 banduan sebuah penjara di Banda Aceh berjaya meloloskan diri melalui pagar yang dirosakkan, kata pihak berkuasa.
Menurut seorang jurucakap Kementerian Keadilan Indonesia, Ade Kusmanto, ketika kejadian malam semalam, kesemua banduan keluar dari sel untuk solat jemaah apabila mereka mengambil kesempatan melarikan diri dengan merosakkan pagar penjara menggunakan 'barbell'.