Jesus terlepas aksi final Copa America

Iklan
Pengadil dari Argentina, Patricio Loustau melayangkan kad merah terhadap Jesus (kanan) selepas mengasari Mena ketika aksi suku akhir Copa America 2021 di Stadium Nilton Santos Olympic, Rio de Janeiro sebelum ini. - Foto EPA

PENYANDANG juara Brazil terpaksa melupakan khidmat penyerangnya, Gabriel Jesus pada perlawanan akhir Copa America 2021 menentang Argentina hujung minggu ini selepas digantung dua perlawanan.

Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) memutuskan penggantungan tersebut apabila pemain Manchester City itu dilayangkan kad merah setelah mengasari pemain La Roja, Eugenio Mena ketika membantu Brazil mengatasi Chile 1-0 pada aksi suku akhir Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

Jesus yang telah mengharungi penggantungan satu perlawanan ketika kemenangan 1-0 tuan rumah ke atas Peru di separuh akhir turut didenda AS$5,000 (RM20,791).

Brazil akan bertemu Argentina pada final di Stadium Maracana, yang sebelum itu menewaskan Colombia 3-2 menerusi sepakan penalti setelah terikat 1-1 pada aksi separuh akhir pada Rabu.

Iklan

Dalam pada itu, Jesus ternyata kecewa tidak bersetuju dengan hukuman itu malah menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak adil.

"Penggantungannya dua perlawanan dan tiada sebarang rayuan? Tahniah CONMEBOL. Saya percaya anda tidak melihat situasi sebenar yang berlaku,” katanya di laman Instagramnya.

Iklan

Sementara itu, penyerang Brazil, Neymar turut bersimpati nasib menimpa rakan sepasukanya berkata:"Sangat menyedihkan apabila hukuman berada di tangan orang yang membuat keputusan seperti ini.”