"SAYA teruja nak kahwin," ujar pelakon dan model terkenal, Ahya Rosli yang bakal menamatkan zaman solo dengan pasangan pilihannya, Shahirah, dalam masa terdekat ini.
Walau bagaimanapun, bercakap kepada Sinar Harian, Ahya, 32, yang merupakan anak dramatis terkenal, Normah Damanhuri ini mengakui sedikit gementar untuk memikul tanggungjawab sebagai suami.
"Dalam keterujaan nak kahwin ini sedikit ada rasa gementar dan takut juga. Ya lah... risau kalau tak dapat menjadi suami yang terbaik.
"Namun saya akan berusaha untuk rumah tangga. Ini kerana boleh dikatakan saya sudah capai dan dapat apa yang saya inginkan dalam hidup.