Vaksin Covid-19: Sinovac tidak dikira dalam program nasional Singapura

Iklan
Foto 123RF

SINGAPURA - Individu yang menerima suntikan vaksin Sinovac tidak termasuk dalam kiraan jumlah vaksinasi COVID-19 di Singapura.

Menurut Menteri Kesihatan Singapura, Ong Ye Kung, ini susulan data keberkesanan yang tidak mencukupi mengenai vaksin buatan China itu terutama terhadap varian Delta yang mudah menular.

Iklan
Iklan

Varian Delta telah menjadi mutasi COVID-19 paling umum di Singapura sejak satu kluster dikesan di lapangan terbang pada bulan Mei lalu.

Kerajaan kemudian kembali mengetatkan sekatan mengenai perhimpunan dan aktiviti walaupun setelah melonggarkan beberapa sekatan.

Iklan

Kini Singapura hanya membuat kiraan kadar vaksinasi kepada individu yang mengambil suntikan vaksin Moderna dan Pfizer-BioNTech.

Lebih daripada 3.7 juta individu telah menerima satu dos vaksin meliputi 65 peratus populasi dan hampir 2.2 juta telah lengkap dua suntikan vaksin.

Iklan

Singapura menetapkan sasaran dua pertiga rakyatnya diberikan vaksin sepenuhnya pada 9 Ogos.

Selepas mendapat persetujuan penggunaan kecemasan oleh pertubuhan kesihatan sedunia (WHO), Singapura mula membenarkan klinik swasta untuk menawarkan suntikan Sinovac pada Jun lepas.

Pada 3 Julai, seramai lebih 17,000 individu menerima satu dos Sinovac dan pihak berkuasa menyatakan permintaan terhadap vaksin berkenaan semakin berkurang.

Singapura menyatakan, individu yang diberi vaksin Sinovac masih peerlu membuat saringan COVID-19 sebelum menghadiri acara tertentu atau memasuki beberapa tempat, tidak seperti mereka di bawah program vaksin nasional.

Singapura telah melaporkan 62,652 jangkitan sejak wabak ini pertama kali meletus tahun lalu. - Awani