Suspek bunuh Presiden Haiti ditahan: Duta

Iklan
Jovenel Moise - Foto fail Reuters
WASHINGTON - Beberapa suspek yang didakwa mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan Presiden Jovenel Moise sudah ditahan, lapor Sputnik.

"Ya, beberapa orang telah ditahan dan sedang disoal siasat," kata Duta Haiti ke Amerika Syarikat, Bocchit Edmond.

Sementara itu, pada Rabu Menteri Komunikasi Frantz Exantus menerusi akaun Twitternya berkata suspek pembunuhan Moise sudah ditahan.

Presiden Haiti itu dibunuh sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali, di kediaman peribadinya pada Rabu. - Bernama