Beberapa menteri adakan pertemuan dengan Muhyiddin pagi ini

Iklan
Kenderaan yang dipercayai membawa seorang menteri meninggalkan kediaman Muhyiddin pagi tadi.

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Beberapa orang kenamaan termasuk individu yang dipercayai menteri dilihat mula mengadakan pertemuan di kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara pada pagi Khamis.

Media difahamkan, antara yang terawal tiba ialah kenderaan yang dipercayai membawa Peguam Negara pada jam 9.40 pagi tadi diikuti dengan kenderaan rasmi yang membawa seorang menteri.

Iklan
Iklan

Kenderaan rasmi yang membawa menteri itu dilihat keluar dari kawasan perumahan itu pada jam 11.15 pagi tadi.

Sementara itu, sebuah kenderaan rasmi yang dipercayai membawa seorang Menteri Kanan dilihat masuk pada jam 11.25.

Iklan

Pada Awal pagi Khamis,Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan keputusan partinya untuk menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO tarik sokongan terhadap Muhyiddin serta-merta

Iklan