Ismail Sabri layak jadi PM interim: Shahrir

Iklan
Ismail Sabri. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad berpandangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob layak mengambil alih jawatan Perdana Menteri Interim bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Bera itu mendapat kepercayaan Muhyiddin berbanding menteri kanan yang lain apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Iklan
Iklan

"Kalau Tan Sri Muhyiddin turun pun, sudah ada timbalan yang boleh mengambil alih.

"Sekarang sudah jelas. Ismail Sabri boleh jadi perdana menteri sementara, kerajaan tidak goyang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO tarik sokongan terhadap Muhyiddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Rabu membuat keputusan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa serta-merta.

Iklan

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO mendesak agar Muhyiddin dapat berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang perdana menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad.

shahrir

Ujar Shahrir, Ismail Sabri perlu mendapatkan restu parti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan dan sokongan

Dewan Rakyat seperti yang dilakukan Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Selain itu, Shahrir berkata, menteri daripada UMNO tidak perlu rasa serba salah atau malu dengan keputusan yang dibuat MKT menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin.

Jelasnya, keputusan tersebut seperti peristiwa yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 apabila Muhyiddin meminta Tun Abdullah meletakkan jawatan dari tempoh setahun yang dicadangkan.

"Selepas bercakap di Singapura supaya Tun Abdullah turun segera, Muhyiddin terus kekal duduk dalam jemaah menteri pilihan Tun Abdullah.

"Tak de pun rasa serba salah atau malu. Jadi, menteri-menteri UMNO tidak perlu rasa malu. Rasa malu kepada parti? Ini kena tepuk dada, tanya selera. Kalau dalam dada ada prinsip dan falsafah, seleranya jelas,” katanya.