Pejuang sah sebagai parti politik

Iklan
Dr Mahathir

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) telah didaftarkan sebagai parti yang sah, kata Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, pendaftaran itu diluluskan oleh kerajaan pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Saya ingin umumkan bahawa parti Pejuang ini telah didaftarkan sebagai parti politik.

"Kita berterima kasih kepada kerajaan yang mendaftar parti Pejuang ini dan kami berpendapat bahawa cara kami bukanlah untuk menimbulkan masalah cuma dibuat melalui undang-undang,” katanya pada sidang akhbar secara maya pada Khamis.

Iklan

Pada 1 April lalu, Pejuang memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi bagi mencabar tindakan Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang belum membuat keputusan terhadap rayuan mereka untuk mendaftarkan parti itu selepas Jabatan Peguam Negara tidak membantah permohonan parti berkenaan.

Pada 1 Mac lalu, Setiausaha Agung Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman dengan menamakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan RoS sebagai responden pertama serta kedua.

Iklan

Mengulas lanjut, Dr Mahathir yang merupakan Ahli Parlimen Langkawi menegaskan, tidak ada sebab mengapa parti mereka tidak boleh didaftar oleh kerajaan.

"Jadi, akhirnya parti Pejuang ini sudah didaftar dan mereka yang ingin menyertai Pejuang dialu-alukan serta membuat permohonan. Saya harap kita akan lebih cergas selepas ini,” katanya.