Kim Jong-un sihat, walaupun turun berat badan

Iklan
Kim Jong Un

SEOUL - Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (NIS) Korea Selatan mendedahkan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, tidak mengalami sebarang masalah kesihatan walaupun hilang berat badan kira-kira 10 ke 20 kilogram (kg) sejak beberapa bulan lalu.

Anggota jawatankuasa perisikan parlimen Ha Tae-keung berkata pemimpin itu dilapor dalam keadaan sihat dan sedang berdiet sejak empat bulan lalu, menurut Sputnik memetik Agensi Berita Yonhap pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Baru-baru ini berat badan (Kim) turun kira-kira 10 ke 20 kg dan masih mentadbir negara seperti biasa," kata Ha memetik taklimat NIS.

Akhbar Korea Selatan, The Chosun Ilbo sebelum ini melaporkan Kim Jong Un, berketinggian 170 sentimeter dan berat badan 140 kg.

Iklan
Iklan

Media rasmi Korea Utara baru-baru ini mendedahkan, berat badan pemimpin itu susut kerana bekerja keras demi rakyat dan negara. -Bernama