KUALA LUMPUR - Polis menemukan lapan senjata tiruan termasuk tujuh laras senjata jenis Heckler & Koch Machine Pistol 5 (HK MP5) di sebuah premis di Jalan Klang Lama di sini, semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, topi tertera logo polis turut ditemui pihaknya dalam premis yang sama selepas menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan penemuan beberapa objek dipercayai senjata api, semalam.
"Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields ke lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan terdapat sepucuk pistol tiruan, tujuh laras senjata HK MP5 tiruan dan satu topi logo polis dalam premis tersebut.
"Semakan dilakukan pula mendapati pihak Mahkamah Kuala Lumpur pernah mengeluarkan arahan menyita harta di premis tersebut pada 30 Oktober lalu. Kes disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960,” katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan IPD Brickields Asisten Superintendan Mohd Hafizi Ishak di talian 0172336343 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Razif Karim di talian 0139961566.