BEKAS kapten Real Madrid, Sergio Ramos kini sah menyertai kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) selepas menandatangani kontrak sehingga 2023.
Ramos menyertai PSG secara percuma selepas gagal memeterai kontrak dengan Real walaupun bekas pertahanan Sepanyol itu masih mahu terus kekal di Madrid.
Iklan
Iklan
Real hanya menawarkan kontrak setahun kepada Ramos biarpun pemain berusia 35 tahun itu meminta diberikan sambungan kontrak selama dua tahun.
Bagaimanapun, pengurusan The Galacticos tetap berkeras dengan polisi setahun sahaja kontrak untuk pemain yang berusia atas 30 tahun.
Selepas mempertimbangkan untuk menerima kontrak setahun itu, Ramos kemudiannya telah dimaklumkan tarikh rundingan telah tamat.
Situasi itu menyebabkan Ramos cukup kecewa dan terkejut walaupun sudah bersedia menerima kontrak setahun serta pengurangan gaji di Madrid.
Sebelum sah menyertai PSG, Ramos menjadi rebutan banyak kelab gergasi Eropah termasuk dikaitkan dengan Manchester United, Manchester City dan Chelsea.