MP UMNO boleh guna budi bicara ketika pengundian Parlimen

Iklan
Ahmad Maslan

SHAH ALAM - Kesemua ahli Parlimen UMNO boleh menggunakan budi bicara masing-masing untuk menyokong atau sebaliknya jika berlaku sebarang pengundian pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara tersebut antara keputusan dibuat Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan secara maya pada 7 Julai 2021.

Iklan
Iklan

"Namun, difahami bahawa semua keputusan parti mestilah dijadikan panduan oleh ahli-ahli Parlimen UMNO dalam melaksanakan sebarang tanggungjawab mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis bagi melaksanakan mandat memberi butiran tambahan mengenai keputusan mesyuarat tersebut.

Mesyuarat MKT UMNO pada Rabu itu membuat keputusan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa serta-merta.

Iklan

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketetapan tersebut diambil berpandukan tujuh kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin dalam memenuhi aspirasi yang digariskan parti itu.

Mengulas lanjut Ahmad berkata, mesyuarat sama turut mengesahkan keputusan agar persidangan semua cawangan di 191 bahagian akan diadakan pada 15 Ogos hingga 30 September depan.

Iklan

"Persidangan cawangan tanpa pemilihan jawatan ini boleh dihadiri hanya satu per empat kehadiran dan dibuat secara maya atau secara bersemuka jika prosedur operasi standard (SOP) membenarkan,” jelasnya.

Tambah beliau, tarikh mesyuarat perwakilan bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tanpa pemilihan dengan jumlah kehadiran yang sama akan dimaklumkan kemudian.