Suspek hina Islam perlu didakwa

Iklan
Syed Mohd Shahriman menyerahkan memorandum desakan di Bukit Aman hari ini agar pendakwaan dilakukan segera terhadap lelaki menghina Islam. (Gambar kecil: Syed Mohd Shahriman)

KUALA LUMPUR - Masalah kesihatan yang di alami lelaki menghina Nabi Muhammad SAW tidak seharusnya menjadi pengecualian kepadanya daripada didakwa atas jenayah yang dilakukan.

Naib Wira Perkasa Malaysia, Syed Mohd Shahriman Syed Badrishah, berkata, pembebaskan lelaki berkenaan dengan jaminan polis tanpa sebarang pendakwaan amat dikesali.

Iklan
Iklan

Menurutnya, desakan akan terus dibuat agar lelaki berkenaan menerima tindakan yang sewajarnya kerana jenis dia melakukan penghinaan tersebut.

"Kegagalan pendakwaan segera akan mendorong umat Islam terus marah di mana jika berterusan boleh menggugat keselamatan negara dan ia juga dilihat sebagai penghinaan terhadap ‘rule of law’ di negara ini.

Iklan

"Kita menyambut baik kenyataan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, dan kita akur pihak polis ada kuasa atas pembebasan bersama jaminan polis.

"Tapi kita akan menggesa agar lelaki ini akan didakwa. Kita faham masalah kesihatan Tapi tidak bermakna dia boleh lari dari jenayah yang dia lakukan,”katanya ditemui selepas menyerahkan memorandum desakan berkenaan di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Iklan

Mohamad Fuzi dalam satu kenyataan semalam memaklumkan polis sudah membuka tiga kertas siasatan berhubung kes penghinaan ke atas agama Islam, Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah.

Kertas siasatan itu membabitkan tiga pemilik akaun Facebook dan ia akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

Dalam kenyataan itu juga, Mohamad Fuzi berkata, suspek ditangkap pada 19 Februari lalu dan direman tiga hari berakhir Jumaat.

Disebabkan faktor umur dan komplikasi kesihatan, suspek dibebaskan pada 22 Februari lalu dengan jaminan polis.

ARTIKEL BERKAITAN Suspek hina nabi dibebas dengan jaminan polis