KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) berpendirian bahawa sekarang bukan masa sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum (PRU), pilihan raya negeri (PRN) atau pilihan raya kecil (PRK) berikutan jumlah kes Covid-19 yang masih tinggi dan prasarana kesihatan awam yang semakin tertekan.
Majlis Presiden PH dalam kenyataan pada Khamis berkata, justeru, PH akan terus memberi fokus kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat, pengurusan krisis Covid-19 dan program vaksinasi yang lebih pantas.